Assalammualaikum semua....
Alahai, part 2 kisah Bukit Gambang Resort nie lambat plak post yea. Disebabkan urusan mengumpul gambar banyak halangan. hehehehe.... yelah, gambar dalam handphone anak-anak buah ramai sangat.
oklah, nak cite apa yea, lupa dah.khikhikhi....
hokey...pasal Bukit Gambang Resort nie memang best dan sesuai lah untuk percutian keluarga. Bilik-bilik yang disediakan pun stail aparment atau studio room. Memang puas hati gak lah. Ada 2 tempat penginapan di sini. Satu namanya Arabian Bay Resort & Carabbian Bay Resort. Arabian nie mahal sikit lah biliknya berbanding Carabbian. Ikut kemampuan sendiri. (^_^)
Hari jumaat kitaorang sampai dah lewat petang, dalam pukul 5.00 petang macam tu. Semua keletihan dan kelaparan. Nasib baiklah abang ipar ku pakar memasak dah siap-siap masak dari rumah, bawak lauk dan nasi semua. hahahaha.... apa lagi kiteorang naik bilik check in terus balun nasi lah. Mengigil kepala lutut semua lapar. khikhikhi.... Bila dah kenyang semua layan tilam ler kan, nak kuar pun tak de gie mana, aktiviti kiteorang pun bermula hari sabtu. So malam tu dok bilik jer lah, anak-anak buah jer kuar tah gie mana malam tu, cari kedai makan katanya. Saya dok kat bilik jer dengan mak, sebab ada si kecik, anak-anak yang lain ikut mak ususnya keluar. hehehehe....
Bermula sabtu pepagi lepas sarapan, kiteorang gie berendam di water park dulu. Saya hanya teman anak-anak main air. Si kecik atoknya jaga tido kat Cabana yang kiteorang sewa. Yang lain, masing-masing layan permainan di water park. Sampi pukul 12.00 tengahri jer, lepas tu semua dah kebuluq lapar. Keluar gie makan di luar kawasan berhampiran resort, ada kedai-kedai makan banyak gak. Cuma sedap ngan tak jer lah.
Pukul 2.00 petang plak, kiteorang masuk Safari Park, adehhh....nie memang lotih ya amat. Dah ler panas kan, nasib lah si kecik saya tak meragam. berpeluh-peluh kiteorang gilir-gilir tolak stroller dia. hehehe... Banyak gak lah binatang dalam nie yang boleh kite tengok secara dekat. Keterujaan tu lebih kepada anak-anak lah kan, diaorang memang suka tengok binatang-binatang tu smua. heheheh.... Habis lawatan kami dalam safari tu dalam pukul 5 petang gak, tapi semu adah letih macam baru balik dari padang pasir. hahahaha.... balik bilik semua lepak, membongkang keletihan. Malam sepatutnya masuk balik ke safari park sebab ada persembahan ala-ala red indian tu kan, main-main api dalam mulut tu. Tapi sebab semua dah tak larat maka lepas makan malam kiteorang jejalan di kawasan resort. Yang best kat Carabbian nie ada funfair. Kira macam mini funfair lah. Tak de besar sangat, boleh lah menghilangkan bosan anak-anak. Pukul 10 malam semua balik bilik tido.... esoknya lepas sarapan, sempat lagi anak-anak ku mandi kolam sekali lagi. check out kul12 dan terus gerak balik K.L. Mak, adik, kak long dan abag ipar balik ikut Segamat, sebab diaorg balik muar. Kiteorang balik lah ke Putrajaya....
Alhamdulillah...sepanjang perjalanan drive dengan selamatnya. Dan baby Ammar tak banyak ragam, terima kasih lah sayang mama yang baik hati. Syukur sangat...hehehe..
0 comments:
Post a Comment