Alahai....dah sebulan baru teringat nak post kat blog. Hahahaha....adehhh.
Hokey, takpe saya nak post gak cite pasal gie bercuti ke Bukit Merah nie. Cadangan suruh hubby saya book hotel di Tambun Resort. Tapi dia nak juga gie Bukit Merah. Kata orang Bukit Merah Laketown Resort nie tak best dah macam dulu. Ermmm...so nak sedapkan hati dan taknak ler durhaka pada hubby. (^_^) pergilah juga....
Kami pergi untuk percutian 3hari 2malam. Sesampainya di sana...tempat macam terbiar jer, seram plak saya tengok. Dah ler sunyi jer...hehehe.
Tiba sana dah petang dalam pukul 4 lebih. Hubby saya amik kunci untuk check in, masuk-masuk bilik......jeng....jeng....alahai, macam bilik hotel buget jer. Rasa hotel buget pun cantil biliknya. Nampak kotor, lantainya simen jer takde karpet-karpet bagai. Masuk bilik air, ya Allah....lagi geli nak masuk. Dinding kotor macam berlumut. Kecewanya saya...hubby kata ingat bilik cantik, dah lah mahal plak tu. Semalam RM200++, memang spoil mood nak bercuti. Rasa nak ajak hubby balik jer, baik lepak Tambun lagi bagus. Kami pergi weekday, hari isnin dah sampai petang lak tu. Hari selasa water park tutup, ermmm....tak dapat anak-anak nak main air dalam tu. Nasib lah ada pool sebelah hotel, kebetulan sebelah bilik kiteorang. So apa lagi anak-anak lepas gian kat situ jer lah. Memang hubby kata dia menyesal book kat situ. Hahaha....ada hikmahnya tu.
Kawasannya memang cantik dan selesa jika dijaga dengan baik. Tak tahu nak cakap macam mana, hakmilik MK Holding plak tu. Terkejut saya tengok, seolah-olah macam nak bankrap jer resort tu. Sayang sangat....
Ok-ok....stop ler cite sedih tu, layan lah pic yang tak seberapa. Tak banyak amik gambar, sebab sibuk dukung baby. Kalu ada kekawan yang berhajat nak ke sini, saya tak berapa suggestkan. Takut nanti macam biat spoil mood korang nak bercuti. Baik cari tempat yang lebih memuaskan hati. Macam saya gie Bukit Gambang City Resort tu, yang tu ok dan sangat-sangat best walaupun tersorok jauh macam tu. Banyak aktiviti boleh buat jadi anak-anak pun seronok.
Tapi yang bestnya kiteorang dapat juga gie makan mee udang kat Kuala Sepetang. Jejalan ikut jalan kampung, rasa seronok dan tenang plak. Kitaorang guna waze ajer cari tempatnya Hehehehe sebab tak pernah gie pun, gunalah kemudahan telefon pintar yang ada. (^_^) Singgah di pekan Kuala Sepetang, pekan kecil yang lehidupan mereka semuanya nelayan. Majoriti orang cina yang duduk kat pekan tu. Mee udang nie ada dua tempat, tapi disebabkan satu tu dah tutup saya gie lah makan mee udang mak jah. Sedap sangat....udang dia fresh, kulit udang tu pun lembut lagi boleh kunyah-kunyah makan. Hehehe...
Harga pun sangat berpatutan, macam-macam menu ada berasakan udang dan sotong. Harga pun murah jer. Jus buah pun fresh. Kira puas hatilah nak gie makan kat sini. ok, sampai sini jer lah yang saya nak share. hehehe...story pun dah sebulan baru nak post kan. Baru teringat plak nak wat cam ner. (^_^) Jom layan gambar, tu jer yang ada hokey.
0 comments:
Post a Comment