Friday, 3 January 2014

{Testimoni} Part 2 : Bila Anak Terkena Chicken Pop

Selamat Tahun Baru Semua....
Harap dengan tahun baru penuh azam yang berkobar-kobar. Minggu pertama awal tahun nie ramai yang cuti untuk urusan daftar sekolah anak-anak yea tak? Saya pun sama...hehehe. 

Ok nak sambung cite pasal perkembangan dan kesan kepada anak saya setelah ambil Shaklee semasa dia terkena chickenpox. Hari pertama dah keluar sikit-sikit saya terus bagi dia Nutriferon + mealshakes campur dalam susu dia. Hari kedua dah banyak-banyak keluar, saya tetap teruskan bagi Nutriferon + mealshakes. Alhamdulillah....anak saya tak demam langsung bila kena chickenpox. Malah aktif macam tak sakit pun, tapi bila aktif dan berpeluh nie mula lah gatal-gatal kan. Yang tak bestnya dia asyik mengarulah... petang hari kedua tu saya dah cuba lap kan badan dia dengan air yang dicampur dengan beberapa tituk basic H. Ada orang kata jangan kena air chickenpox nie nt lagi banyak. So try n error. (^_^) Hari ke 3 plak, saya nampak chickenpox dia dah mengecut sikit-sikit. Saya lap kan juga dengan basic H dan tetap bagi Nutriferon + mealshakes untuk dia minum. Hari ke 4, alhamdulillah....semakin banyak chickenpox dia mengecut dan bekas-bekas chickenpox tu semakin kering. Masuk hari ke 5, syukur semua bekas chickenpox dah kering termasuk dibahagian kepala. Kat kepala nie teruk sikit sebab dia garu dan jadi luka yang besar plak. Adoiii...

Saya syampoo kan kepala anak saya dengan hanya 1@2titik basic H. Mandi dan rendamkan dia dengan air basic H. Alhamdulillah....kering sepenuhnya hanya dibahagian kepala yang lambat sikit kering sebab dia selalu berpeluh dan keadaan kepala lembab je. Bekas chickenpox lambat sikit kering. 

Sekarang dah masuk hari ke 13. Dah sihat cuma ada bekas-bekas chickenpox yang digaru jadi luka dan berbekas sikit. Alhamdulillah....anak saya yang no 2 nie memang tak banyak ragam dan masa kena chicken pox makan tetap berselera. Hehehehe.... 

Jom saya share beberapa gambar sebelum dan selepas dia terkena chickenpox.

Continue Reading

Friday, 27 December 2013

{Tips Mengurus} 7 PRINSIP PENTING MENYIMPAN WANG


Tetiba ingin mengetahui tips pelaburan emas, memikirkan untuk tempoh jangka masa panjang. Azam tahun baru beb...hehehehe. Search jumpa plak blog Mohdzulkifli nie, banyak tips-tips lain yang dia sharekan. Bagus gak kan, untuk kita BERTINDAK SEKARANG supaya tidak ada masalah kewangan yang akan kita hadapi pada masa akan-akan datang. Terutama pada ekonomi kita sekarang dengan kos sara hidup yang sangat tinggi dan gaji yang tak seberapa, kita perlu lah menjadi pengguna yang bijak disamping berbelanja dibawah kemampuan kita. Jika kita tak berubah dari sekarang bila lagi dan tiada sesiapa yang boleh mengubah sikap kita.

Dari kita merunggut dan menyalahkan orang lain yang dah sememangnya bertambah-tambah kaya, cuba kita ubah or berubah kepada yang positif. Carilah sideincome yang boleh menambahkan pendapatan kita. Simpanlah walaupun sedkit dari tak menyimpan langsung. Usahalah sedikit demi sedikit dari tak mahu berusaha langsung. Jom saya kongsikan apa yang blog mohdzulkifli sharekan, moga ia menjadi sebahagian panduan kepada korang semua ok. Selamat menyambung tahun baru 2014! (^__^)


Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan. Saya sendiri pun amalkan prinsip ni dan memang berkesan, alhamdulillah. Antaranya;

#1 – Potong at least 10% daripada income bulanan untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

#2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.

#3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji. Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!

#4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

#5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, insyaAllah.

#6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan. Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

#7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang, tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan dsb.


Read more: mohdzulkifli.com
Continue Reading

Sunday, 22 December 2013

{Testimoni} Part 1: Bila Anak Terkena Chickenpox

Selama 2hari dok rumah hujung minggu nie banyak benda nak buat. Mengemas rumah lah apa lagi...paling syok bila tiba mop lantai, saya gunakan Basic H Shaklee. (^_^) Bukan bleh mop je, nak cuci tandas, cuci dapur berminyak semua guna Basic H Shaklee. Guna pun skit je tapi kesan dia memang best lah.
Dijadikan cerita...hari ini anak saya si Amni kena chickenpox plak. Naik merah-merah berair, aduhhh....saya plak yang rasa gatal-gatal tengok dia menggaru. First sekali masa bintik-bintik merah baru sikit-sikit saya bilas kan dengan air Basic H Shaklee. Letak 2@3 titik je dlm lbh kurg setengah baldi air. Lepas tu saya sapu kan Calamine losyen,(nasiblah ada simpan kat rumah. Hehehe) Kemudian bancuh susu dia saya masukkan Nutriferon + mealshakes. Supaya sistem imunisasi dia lebih kuat dan cepat baik dari chickenpox tu. Kita tengok lagi 2,3 hari macam mana ok. ;)
Nie saya tepek gambar untuk hari pertama Amni kena chickenpox.
Continue Reading

Monday, 25 November 2013

{Tips Kesihatan} Bagaimana Diet Untuk Kuruskan Badan

Ramai sangat diluar sana yang nak KURUS CEPAT tapi kurang mengamalkan pemakanan yang sihat. Mudah terpengaruh dengan pelbagai jenis ubat kurus dan kalu boleh nak kurus dengan cepat. Macam ala-ala magic lah konon, makan sehari esk dah turun mendadak. Tu bukan lemak yang dibuangnya, tapi air dalam badan kering kontang. hehehehe...kalu kita stop berat badan akan naik mendadak sehingga 2kali ganda dari berat sebelum ini. Haaa, jangan pandang mudah yea, cuba anda amalkan tips-tips dibawah ini. Serba sedikit banyak juga membantu, yang penting matlamat kita untuk kurus secara sihat tanpa kesan memudaratkan.


Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Gim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Bagaimana?  anda yakin anda mampu untuk melakukan tips-tips seperti yang dinyatakan? Jom lakukannya, lum cuba lum tahu. Jangan mudah mengalah ok. hehehehe....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com
Continue Reading

{Produk Shaklee} Perlukah Supplement Untuk Ibu Mengandung?

Perlukah Supplement untuk Ibu Mengandung? Bagaimana anda rasa? perlu atau pun tidak?
Bagi saya, ianya sangat perlu untuk memastikan keperluan nutrisi lengkap untuk tumbesaran bayi yang dikandung juga untuk kesihatan yang lebih baik bagi ibu yang hamil.

Pernah kita dengar bagi ibu-ibu yang mula hamil mengalami HB yang rendah? Adakah anda tahu HB yang rendah akan memberikan kesan yang kurang baik bagi bayi anda? sebenarnya kebanyakan ibu mengandung mengalami kekurangan zat besi yg sgt penting untuk pembentukan Hb ini....dan kekurangan itu berpunca dari NUTRIEN seharian yang diambil yang kurang mengandungi zat besi.

Jika HB kurang, ibu akan mengalami cepat letih, sesak nafas, pening-pening dan rasa nak pitam, jantung bergerak laju/berdebar-debar. JIka semasa mengandung atau semasa bersalin ada kehilangan darah, darah bertambah cair dan ini boleh membawa kerosakan kepada jantung, paru-paru, buah pinggang dan boleh membawa maut.



Apa Kepentingan Hemoglobin Semasa Hamil?
Ia penting untuk perkembangan bayi mengikut jangka masa kandungan.

   1. Kandungan kurang 5 bulan
Pada masa ini, bayi sedang melalui proses pembentukan organ-organ seperti kai, tangan, otak, jantung dan sebagainya. Jika darah mengalami kepekatan yang kurang, jantung bayi tidak dapat terbentuk dengan sempurna dan akan mengalami keguguran. 
   
   2. Kandung 5 - 7 bulan.
Ketika ini bayi telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badannya.  Tetapi jika HB terlalu rendah jantung bayi tidak dapat berfungsi dengan sempurna dan akhirnya bayi akan mati dalam kandungan.

   3. Kandungan 7 bulan dan ke atas.
Sifat bayi telah sempurna ketika ini, tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah (HB). Jika darah terlalu cair atau rendah, jantung tidak kuat dan ada risiko bayi akan mati dalam kandungan.

Jadi apakah vitamin yang sesuai untuk ibu hamil? Ini antara cadangan vitamin yang sesuai untuk ibu hamil ;
  • B-Complex - 1 tab daily. this B-Complex dah lengkap dgn 8 kumpulan B, termasuklah asid folik.

  • (2) Vita-Lea with Iron - 1 tab daily. Vita-Lea nie is a multivitamin. So, bila dah ambil nie tak perlu ambil Obimin ya.

  • (3) Vit-C - 1 tab daily. Improve your antibodi, natural antihistamine and collagen source, so will reduce stretch mark effect.

  • (4) OsteMatrix - 4 tab daily, will give you 1000mg calcium needed daily. Setiap satu tab ada 250mg Calcium. Ibu mengandung perlukan 1000mg-1300mg calcium sehari untuk pembentukan tulang yg kuat & gigi utk baby. Jika minum susu penuh kalsium segelas sehari, ambil 2 biji OsteMatrix sehari pon mencukupi.

Saya quote from babycenter, ya:
When you're pregnant, your developing baby needs calcium to build strong bones and teeth; to grow a healthy heart, nerves, and muscles; and to develop a normal heart rhythm and blood-clotting abilities. If you don't get enough calcium in your diet when you're pregnant, your baby will draw it from your bones, which may impair your own health later on. (Baby Center)

  • (5) Protein (ESP) - Bancuh satu sudu ESP ke dalam secawan air dan diminum. Sekali sehari ajer. Air tue boleh air kosong, mahupon juice seperti orange juice. ESP ini akan berikan tenaga berterusan, supaya mommy tak cepat letih, selain mencantikkan kulit. Kurang stretch-mark effect.

  • (6) OmegaGuard - 1 tab daily is enough.DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan brain & mata baby, ya. Buat mommy pula, ia akan kawal paras kolesterol dalam badan mommy.
 
------------------------------------------------------------------------

* Segala testimoni atau penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman web saya ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit/ masalah kesihatan.
Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com






Continue Reading