Tuesday 27 March 2012

KEPERLUAN MAKANAN BAYI UNTUK 2 TAHUN PERTAMA

Bayi anda melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan paling pesat dalam dua tahun pertama hayatnya. Sebagai contoh, berat bayi umumnya berganda apabila mencapai usia 4-5 bulan, dan naik empat kali ganda apabila mencecah 2 tahun. Oleh itu, anda hendaklah memastikan si manja mendapat makanan berkhasiat yang secukupnya sepanjang tempoh ini bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum.

Susu Ibu Adalah Makanan Terbaik untuk Bayi

Memberi susu ibu adalah langkah pertama yang sangat penting untuk memastikan kesihatan bayi anda. Susu ibu bukan sahaja mengandungi segala nutrien, tetapi juga menepati jumlah yang diperlukan oleh si manja. Nutrien daripada susu ibu mudah dihadamkan dan diserap oleh badan bayi. Susu ibu juga mengandungi sebatian imunologi yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit.

Berapa banyak susu yang bayi anda perlukan?



Bilangan
penyusuan
sehari
Jumlah susu setiap
kali penyusuan
0-1 bulan
8
60 ml
1 – 2 bulan
7
90 ml
2 – 4 bulan
6
120 ml
4 – 6 bulan
6
150ml

Makanan Pelengkap
Apabila bayi anda bertambah besar dan menjadi lebih aktif, keperluan tenaga dan pemakanannya juga bertambah. Susu ibu sahaja tidak lagi dapat memenuhi keperluannya apabila si manja mencapai usia 6 bulan. Pada usia ini, bayi anda memerlukan makanan tambahan (makanan pelengkap) selain daripada susu ibu untuk membantu membekalkan tenaga dan nutrien lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A. Makanan pelengkap membekalkan satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh bayi anda apabila mencapai usia 6-8 bulan dan meningkat hingga hampir separuh (44%) apabila usianya 9-12 bulan. Keperluan ini meningkat lagi kepada lebih 60% apabila bayi anda berusia lebih satu tahun. Pada masa yang sama, sumbangan tenaga daripada susu yang diberikan setiap hari berkurangan apabila bayi anda semakin membesar.
Tenaga
  • Untuk mengekalkan fungsi badan dan membolehkan si manja terus aktif sepanjang hari.
  • Sumber : Bijirin, seperti beras, gandum  dan ubi (seperti kentang dan keledek)
Zat Besi
  • Komponen Hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.
  • Sumber: Hati, daging, bijirin bayi yang diperkaya.
Zink
  • Penting untuk tumbesaran dan fungsi sistem imun.
  • Sumber : Hati, daging, ayam, itik, ikan, kuning telur,
Vitamin A
  • Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan selaput lendir, penting untuk fungsi mata.
  • Sumber : Susu Ibu, hati, kuning telur, buah-buahan dan sayuran warna oren (seperti mangga, lobak merah, labu), sayuran warna hijau tua (seperti : bayam, kangkung, brokoli)








sumber: Nutritionist's Choice

0 comments: