Sunday 25 March 2012

PEMAKANAN SIHAT UNTUK ANAK ANDA



 Kenapa kita perlukan pemakanan yang sihat untuk anak kita?
Untuk memastikan anak kita mendapat segala nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran, mereka memerlukan makanan yang pelbagai dan seimbang. Makanan yang lengkap dapat membekalkan segala nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan optimum, seperti karbohidrat, protien, lemak, vitamin (iaitu A,D,B dan lain-lain) dan juga mineral (seperti kalsium, zat besi, zink dan lain-lain).

Sila rujuk Piramid Makanan Malaysia sebagai panduan terbaik untuk kita memenuhi keperluan pemakanan anak kita dan memastikan diet mereka adalah seimbang.

Kunci Pemakanan Sihat - Seimbang, Sederhana & Pelbagai

Seimbang :

Sedikan hidangan yang mengandungi makanan daripada semua kumpulan makanan dalam Piramid Makanan. Contohnya, Pastikan nasi untuk anak-anak dihidangkan bersama satu lauk daging dan satu lauk sayur... 

Sederhana :

Jumlah makanan yang diambil hendaklah mengikut bentuk piramid. Ini bermakna makanan di aras paling bawah diberikan dalam kuantiti paling banyak manakala makanan di aras atas patut dikurangkan, sementara garam, gula dan lemak diberikan dalam kuantiti paling sedikit.

Pelbagai :

Hidangkan kombinasi makanan daripada setiap aras Piramid untuk membolehkan anak-anak anda mendapat pelbagai nutrien daripada pelbagai jenis makanan. Contohnya hidangan roti untuk sarapan pagi dan nasi atau mee untuk makan tengah hari atau malam, hidangkan bersama pelbagai jenis lauk, sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan alternatifnya setiap hari.

sumber : Nutrition Month Malaysia


0 comments: