assalammualaikum....hari nie saya nk berkongsi sikit mengenai suplement @ vitamin tambahan yang biasa kite tahu lah. Berapa banyak suplement serta jenis yang ada? kite sendiri pun kekadang tak tahu sangat kan.... takper, ari nie saya nk kongsi sikit mengenai perbezaan antara suplement natural dan suplement sintetik....selamat membaca.. ;)
Supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2
jenis, sintetik dan natural. Apa bezanya?
Penghasilan
Supplement natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil
intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C
natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan
menyingkirkan seratnya.
Supplement sintetik dihasilkan dari
manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat
dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik
C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh
dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Keserasian
dengan badan
Supplement natural dihasilkan dari
bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi
dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan
sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Supplement sintetik, walaupun
formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan supplement natural, apa lagi dengan
makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan
terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan
untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B
complex pada vitamin sintetik.
Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan
semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih
murah dan adakalanya diberi percuma saja.
Kesan
kepada tubuh badan
Suplemen natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, dengan tidak
meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam
vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk
menjadikan penyerapannya lebih optimum. Jadi Kalsium dari natural supplement
didatangkan bersama magnesium dan vitamin D.
Supplement sintetik, oleh kerana
pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakannya
datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya
kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan
vitamin D dari sumber lain. Padahnya, jika kita
gagal menyempurnakan diri kita dengan Magnesium dan Vitamin D,
Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan
boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Begitu juga dengan nutrien-nutrien
lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak
ada dalam supplement sintetik.
Kesan
jangka panjang
Suplemen natural tidak mendatangkan
kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di
atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak
kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang
terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang
dilakukan dalam proses penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara
suplemen natural dengan sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga
plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi
keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’
bunga plastik tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek
sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin
tetap bukan objek sebenar.
Jadi, bijaklah dalam membuat penilaian. Anda boleh mengambil
vitamin dari mana-mana, farmasi mana-mana, pembekal mana-mana… tapi demi
kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan
sintetik. Pasti tak sama.
0 comments:
Post a Comment