Hari nie saya ingin berkongsikan kepada kawan-kawan semua, terutama bagi ibu-ibu yang bekerja dan menghantar anak-anak ke pusat asuhan serta anak-anak yang ke sekolah setiap hari. Ingin saya bertanya kepada anda, bagaimana pengambilan pemakanan anak-anak kita seharian? Adakah memenuhi keperluan nutrin yang mereka perlukan sehari, atau sekadar kenyang diperut saja? Pernahkah kita sportcheck makanan apa yang anak-anak kita makan di pusat asuhan? adakah setimpal dengan apa yang anda bayar tiap-tiap bulan? Bagaimana pula di sekolah? Apa yang anak-anak kita makan? Haaa....macam-macam soalankan. Inilah yang soalan yang berlegar-legar difikiran saya...
Saya dah lihat apa yang anak-anak saya makan di taska mereka dan apa yang dijual disekolah mereka. Sebagai ibubapa bukan lah saya cerewet pasal makanan anak-anak, tapi jika kita tak jadi CEREWET, yang akan tangung akibatnya adalah ibubapa juga. Anak-anak tak cukup berat badan, anak-anak selalu kena demam dan mudah berjangkit sakit. Siapa yang kita nak salahkan? Taska? Sekolah? Pengasuh? atau kita yang patut dipersalahkan?
Pada zaman sekarang, memang terdapat pelbagai jenis makanan yang mudah untuk disediakan dan didapati. Bagi ibubapa yang bekerja, sememangnya untuk memasak makanan yang 'sempurna' khasiatnya memang agak sukar. Disebabkan masalah kekangan masa yang tak menentu dan sebagainya. Kita hanya harap anak-anak makan yang 'sempurna' di pusat asuhan dan sekolah saja. Tapi kita tak amik tahu keperluan makanan yang perlu untuk mereka. Kita lebih mudah 'menyediakan' makan fastfood yang lebih cepat dan mengenyangkan. Tapi pernah ke kita fikirkan, akibat kekerapan anak-anak kita yang disajikan dengan makan-makanan begini? Fikir-fikirkanlah....
Dari awal kita perlu mengawal pemakanan anak-anak kita, supaya anak-anak kita lebih sihat, cergas dan cerdas.
Saya tetap memberikan anak-anak saya makanan yang mereka perlukan, dan sangat-sangat kurangkan makanan fastfood, gula-gula, jajan dan macam-macam lagi. Saya inginkan anak-anak saya sihat dan kurang mengalami masalah kesihatan yang mungkin menjejaskan perkembangan tumbesaran mereka. Setiap hari, saya masih juga memasak untuk menyediakan makanan yang baik untuk mereka. Setiap pagi juga saya akan berikan mereka supplement tambahan sebagai pelengkap keperluan nutrin yang mereka perlukan.
Saya memilih Supplement Shaklee untuk kanak-kanak iaitu Chewbal Vitalea for Child, Chewbal Vit C, Omega Guard & Mealshakes untuk saya berikan kepada mereka setiap hari. Kerana bagi saya, menyedaikan makanan yang lengkap untuk mereka saya boleh lakukan, tetapi adakah ia cukup memberikan keperluan nutrin yang anak-anak saya perlukan? Itu saya tidak dapat pastikan dan mengukurnya, jadi sebagai alternatifnya saya sediakan juga mereka dengan supllement tambahan. Anda bagaimana? Saya sangat syorkan anda memberikan supplement tambahan bagi memenuhi keperluan nutrin yang mereka perlukan dan memberikan kesihatan yang baik kepada mereka.
0 comments:
Post a Comment