Monday, 26 January 2015

{Info Sihat} Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberikan Makanan Sebelum Usia 6 Bulan

Ramai ibu-ibu diluar sana yang masih tidak faham, bila masakah yang sesuai untuk anda berikan makanan kepada bayi anda. Dan masih ramai lagi yang SUDAH MEMBERIKAN makanan kepada bayi seawal usia 3bulan. Kerana mereka beranggapan, bayi menangis disebabkan rasa lapar dan tidak kenyang dengan hanya meminum susu ibu. Dengan memberikan makanan bayi akan rasa kenyang, kurang meragam dan tidur lebih lena. Adakah anda tahu akan akibatnya?


Sebagai seorang ibu, anda harus tahu, KENAPA bayi yang berusia 6bulan ke bawah tidak dibenarkan makan makanan lain selain susu ibu sahaja? Mari saya kongsikan.

1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.


Mula dari umur 6 bulan ke atas.

Berikut adalah beberapa tanda yang bayi anda sudah bersedia untuk menikmati

makanan pelengkap.

  • Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik.
  • Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas-ke bawah.
  • Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum.
  • Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
  • Menunjuk minat pada apa yang anda makan.
Jadi, kepada anda para ibu-ibu diluar sana, berikanlah bayi anda makan setelah usianya genap 6bulan ke atas. Bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

0 comments: