Tuesday 6 January 2015

{Ilmu Bermanfaat} 19 Kelebihan Amalan Membaca Al Quran Setiap Hari

Assalammualaikum....

Hari nie saya nak sharekan mengenai kelebihan kita sebagai muslimin & muslimat yang mengamalkan membaca Al Quran setiap hari. Cuba kita audit diri kita, berapa kali dalam sehari kita membaca Al-Quran? atau berapa hari dalam seminggu kita buka dan membaca Al-Quran? 

Setiap muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketakwaan terhadap Allah swt perlu memperbanyak syariat harian yang dianjurkan oleh Rasullulah saw demi mencapai martabat al-mukarabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya .

1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
2- Pahala membaca satu huruf daripada Al-Quran : Menurut Ibn Majah digandakan sehingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali .
3- Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di Syurga , juga dikatakan balasan sebatang pokok di Syurga .
4- Menurut Ibn Abbas ra pembaca Al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
5- Selamat daripada api neraka , mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat .
6- Pada hari kiamat , al-Quran menjadi pembela .
7- Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di Syurga .
8- Membaca al-Quran sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat .
9- Pembaca al-Quran akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada, dan Solehin.
10-Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka .
11-Mendapat dapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit .
12-Jika dibaca di dalam rumah , akan memberi cahaya kepada rumah itu .
13-Membaca secara bertadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat .
14-Pembaca yang mahir dan baik, diutamakan menjadi imam solat .
15-Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari , mengajar dan menghayati ajaran al-Quran
16-Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1,000 rakaat .
17-Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup .
18-Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti .
19-Pembaca al-Quran akan dilindungi daripada godaan syaitan . 

3 Masa yang diutamakan membaca al-Quran
1- Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah utama . 
2- Antara Maghrib dan Isyak . 
3- Sesudah solat Subuh .


kredit: mselim.blogsport

Semoga apa yang saya kongsikan memberikan manfaat kepada kita bersama. Saling ingat mengingati bahawa kita nie hanya menumpang di bumi Allah. Bila-bila masa nyawa kita akan dicabut oleh malaikat. Yang tinggal hanya amalan kita, doa anak-anak kita serta ilmu yang dimanfaatkan di dunia ini. SubhanAllah....moga hati kita sentiasa bersama Allah.

0 comments: