Wednesday 7 January 2015

{Info Kesihatan} Punca Masalah Resdung

Bila cakap mengenai resdung, hampir semua orang akan mengalaminya. Sama ada dalam keadaan yang lebih serius atau tidak. Saya sendiri juga tidak terlepas dari masalah ini, 3tahun yang lalu saya sangat alah pada habuk dan makanan laut. Mula lah gatal-gatal hidung dan bersin pagi-pagi tu perkara biasa bagi saya. Memang tak tahan, rasa nak garu hisung guna berus periuk jer. hahahaha.... Alhamdulillah...sejak mengamalkan Shaklee 3tahun yang lalu hilang dah masalah gatal-gatal hidung dan bersin setiap pagi. Di sini ingin saya kongsikan beberapa punca masalah resdung yang sering dialami ramai kereka-mereka di luar sana.

Punca Masalah Resdung
  • Alahan.  Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
  • Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
  • Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
  • Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan penyakit resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
  • Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit resdung ini.
  • Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya. 
kredit: kesihatan.info


Implikasi Dan Rawatan Yang Disyorkan
Andainya jangkitan ini dibiarkan terus berlarutan, nanah boleh merebak ke mata sehingga mengakibatkan buta selain merebak ke otak. Antara simptom-simptom adalah hidung tersumbat, hingus, deria bau bermasalah, sakit kepala, bau busuk dalam hidung, demam dan muka rasa sakit. Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan seperti jangkitan kuman atau nanah merebak ke bahagian tekak, paru-paru, tulang muka dan juga dalam rongga mata yang boleh menyebabkan kecacatan pada deria penglihatan jika lambat menerima rawatan.

Antara komplikasi:
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  • Jangkitan otak (meningitis)
  • Sakit tekak yang kronik
  • Jangkitan tulang muka
  • Memburukkan keadaan lelah
  • Berdengkur yang kronik
  • Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  • Alahan hidung atau hidung sensitif
  • Selesema biasa yang melarat.
 Jika anda mengalami masalah resdung yang serius atau masih pada peringkat permulaan, dan mengalami simptom-simptom seperti di atas ini, jangan berlengah lagi mencuba rawatan alternatif semulajadi. Anda boleh mencuba Set Resdung Shaklee untuk mengatasi masalah anda. Produk ini adalah semulajadi dan bebas dari bahan-bahan kimia atau dadah.

Jadi jangan tunggu sehingga keadaan menjadi teruk baru nak bertindak dan ikhtiar. Lakukan sekarang untuk kesihatan anda yang lebih baik masa akan datang. Jika anda berminat untuk dapatkan produk ini atau sebarang pertanyaan mengenai produk ini boleh terus hubungi saya Mamaleen melalui sms/whatsapp/telegram di 0192691158. Konsultasi PERCUMA diberikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp/ Telegram : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

1 comments:

Tips rawatan resdung said...

Selain dari itu aspek keturunan pun boleh menjadi punca-punca seperti alergic dan sensitif udara yang kotor dan tercemar. Oleh yang demikian dari aspek kebersihan diri mempunya peranan penting seperti cadar , bantal dan juga habuk rumah perlu sentiasa bersih.

Jika sensitfi pada habuk perlu menggunakan penutup hidup dan mulut salah satu cara untuk mencegah resdung semasa membersihkan rumah. Kerana kadang-kadang ada pengidap boleh kena habuk menyebabkan bersin dan selsema teruk.

Pemakanan perlu dijaga kerana dapat meningkatkan antibodi seperti mengambil makanan tambahan Vitamin C. Dengan juga memakan makanan herba juga dapat mencegah penyakit resdung melalui pengambilan ubat herba semulajadi.

Sentiasa juga melakukan senaman kerana ia akan meningkatkan sistem antibodi dan proses membuang toksin dalam badan berlaku semasa senaman.