Tuesday, 17 February 2015

{Info Kesihatan} Bahaya Tidur Berdengkur?




Berdengkur? Siapa yang tidur berdengkur? Haaa....kalu yang dah berumahtangga mesti en hubby yang lebih kuat berdengkur dari diri kita sendiri. Betul tak? hahahaha.... tapi jangan tak sedar diri, kekadang kita sebagai isteri pun tidur berdengkur jika terlalu penat. Nie yang saya juga alami sendiri. Husband saya siap rakam, sebab saya jarang berdengkur kecuali bila terlalu penat. hahahaha..... 

Ada orang tak boleh tidur sebab terganggu dengan dengkuran yang kuat, kekadang boleh mengejutkan orang yang tidur di sebelah, kekadang bunyi pun menyeramkan. Nak-nak tengah-tengah malam. (^_^)

Jika anda sedang mengalami situasi seperti di atas kemungkinan anda mengalami Obstructive Sleep Apne (OSA)


Berdasarkan kajian, sebanyak 80 peratus individu yang menghidap masalah ini tidak mengetahui mereka mempunyai penyakit tersebut dan menyebabkan tiada sebarang tindakan dilakukan untuk merawatnya

Menurut pakar perubatan, tidur berdengkur berlaku apabila laluan udara dari hidung dan mulut ke bahagian paru-paru tersekat . Ia merupakan gangguan tidur biasa yang dialami oleh individu menyebabkan pernafasan mereka terhenti seketika ketika sedang tidur beberapa saat. Bagaimanapun, masalah tidur berdengkur tidak seharusnya dipandang ringan kerana jika berlarutan, ia petanda seseorang itu terdedah penyakit berbahaya seperti darah tinggi, sakit jantung dan diabetes

PUNCA PENYEBAB TIDUR BERDENGKUR
1. Alahan
2. Tulang hidung yang bengkok
3. Masalah tisu berlebihan di anak tekak
4. Obes
5. Alkohol
6. Kesan pengambilan ubat yang boleh membuatkan seseorang tertidur
7. Kedudukan tidur yang terlentang
8. Tonsil yang bengkak


KESAN TIDUR BERDENGKUR
Individu tidur berdengkur boleh mengalami gejala mengantuk pada waktu siang, sakit kepala, keletihan, kelesuan, perasaan cepat marah, kerap bangun malam, masalah penumpuan dan kurang daya ingatan
Paling membahayakan sekiranya mereka senang tertidur semasa memandu terutama ketika perjalanan jauh atau sedang menunggu di simpang lampu trafik

CARA MENCEGAH TIDUR DARI BERDENGKUR
1. Mengurangkan berat badan sekiranya mengalami masalah berat badan berlebihan
2. Elak pengambilan alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk sebelum tidur
3. Memilih posisi tidur secara mengiring
4. Mengamalkan jadual tidur yang tetap setiap hari
5. Mendapatkan rawatan bagi hidung tersumbat atau ruang kerongkong yang sempit
6. Berhenti merokok
Pautan sumber : MySumber

0 comments: