Assalammualaikum...
Kali nie bercuti sambil ikut my hubby outstation. Tak ler jauh mana kan, setakat PD. Boleh lah relax-relax dengan anak-anak sambil mengabiskan cuti yang hanya tinggal beberapa minggu sebelum mula kerja. Uuurrrggghhhh....mood nak keje zero.
Kali nie nak sangat gie ke Art Galery 3D di Lukut, PD nie. Dah dekat sangat dengan hotel tempat kami menginap di Lexis Port Dickson so bawak lah anak-anak ke sana. Dok kat bilik hotel jer bosan gak kan. Hehehe... Kawasan dia dekat dengan Giant Lukut. Kalu tak tahu nak pergi, cari jer Giant Lukut dan masuk jalan ke Giant tu terus jer akan nampak rumah-rumah kedai belah kanan. Atau senang guna waze or google maps jer kan. Hahahaha...
Hasil mengoogle baca pengalaman blogger-blogger lain berkunjung ke tempat nie bayaran dikenakan murah dan berbaloi lah. Tapi masa saya pergi bawa anak-anak hari weekday jer. Konon baca dalam blog lain harga untuk dewasa RM15.00 & Kanak-kanak RM10.00. Tapi masa saya pergi harga dah lain plak, tahun baru charge pun dah naik. Dewasa RM20.00 & Kanak-kanak RM15.00 untuk weekday. Hari minggu dan cuti umum lain charge yea. Huhuhu... kasut tak boleh pakai kena simpan dalam loker yang disediakan & charge lagi RM2.00 satu loker. Hamboiii! Bayar ajer semua. Hehehehe.... bawak jer lah kan sebab anak-anak.
Masa kat dalam tu, saya dan anak-anak jer. Husband plak tak ikut sebab dia ada kerja. Maka banyak gambar-gambar yang ambil tak bape cantik. Kalu betul-betul ambil memang nampak real. Suruh si kakak amik gambar mamanya pun banyak blur jer. Hahaha...adehhhh... stress gak dengan dukung si kecik lagi. Disebabkan stroller tak boleh bawak.masuk dalam. Naik kebas tangan dukung si kecik tu. Hihihihi.... saya kongsikan beberapa gambar jer. Sebab yang lain-lain tak berapa nak jadi.
0 comments:
Post a Comment