Sunday, 14 December 2014

{Tips Kesihatan} 8 Jenis Makanan & Minuman Untuk Rawat Stress???


'Adoooiii....stress! stress! stress!'
Biasakan kita dengar orang mengeluh stress? kekadang diri sendiri mengeluh stress, errmmm...tak bagus sangat kita mengeluh stress nie. Sebab kita mencipta fikiran negatif dalam diri kita sendiri. Yelah, cakap pun satu doa gak, kalu mulut dok zikir stress..stress... jer memang stress lah yang kita dapat betul tak? (^_^) Kalu yang beragama islam mudah aje nak tanganinya, amik wuduk dan solat sunat 2rakaat, lepas tu baca yassin dan berdoa pada Allah, moga segala permasalahan yang kita hadapi dapat kita selesaikan dengan mudah. 

ok, hari nie sebenarnya nak share mengenai 8 jenis makanan & minuman yang boleh rawat stress? Eh, ye ker? haaa...jom baca kat bawah nie. 

Keledek – Bila seseorang stress, dia pasti akan mencari makanan yang manis. Tak ada orang yang nak makan peria bila tengah stress kan..hehe. Keledek adalah manisan tanpa gula yang sangat kaya dengan nutrien dan ia juga mengenyangkan.

Teh Hijau – Teh hijau kaya dengan asid amino. Meminum teh hijau akan membuatkan seseorang berasa lebih tenang dan fokus. Puteri kalau stress pun suka minum teh hijau kerana ia sangat menyegarkan.

Kekacang dan Bijian – Kandungan omega 3 dalam pelbagai jenis kacang terutamanya walnut dan kuaci dapat mengurangkan stress dan menggalakkan hormon-hormon yang sihat. Stress kan sering dikaitkan dengan masalah hormon tak stabil. Tetapi untuk yang ada alergi bila makan kacang, elok elakkan kalau tidak nanti lagi stress bila muka berjerawat.

Kari Sayuran – Puteri tak tau kenapa kari sayuran ini tersenarai, mungkin sebab stress dan daging tidak sehaluan. Cili memang elok untuk stress kerana ia dapat merembeskan hormon endorfin yang membuatkan seseorang rasa lebih tenang. Sayuran pun memang kaya dengan khasiatnya yang tersendiri kan.

Yogurt dan Buah Beri – Campuran yogurt dan pelbagai jenis buah beri, selain memberi tenaga dapat juga mewujudkan hormon anti stress. Yogurt beri memang kegemaran puteri. Selain rasanya yang sedap, gabungan manis dan masam, yogurt beri juga bagus untuk sistem imuniti badan.

Smoothies – Ini adik beradik yogurt juga. Yang ni sangat mudah nak buat dan juga sedap. Kisarkan je susu dengan buah-buahan. Memandangkan puteri tak berapa gemar susu putih, selalunya puteri kisarkan dengan susu soya sahaja ataupun puteri tambahkan dengan serbuk koko untuk jadikan smoothies perisa coklat.

Coklat Gelap – Untuk penggemar coklat, pasti tahu coklat adalah terapi stress yang terbaik. Tapi pastikan pilih coklat gelap dan seeloknya dengan campuran kacang badam. Gabungan ini pasti dapat rawat stress tanpa menggemukkan.

Oatmil, Serbuk kayu manis dan Madu – Gabungan tiga sekawan ini boleh dijadikan sarapan yang menyihatkan. Jadi dapatlah mengurangkan stress sewaktu bekerja. Oat mengandungi kandungan serat yang tinggi manakala serbuk kayu manis untuk hilangkan stress dan madu sebagai penambah perasa selain ianya juga dapat menguatkan sistem imunisasi badan.


0 comments: