Wednesday 10 December 2014

{Info Kesihatan} Khasiat Buah Mengikut Warna

Siapa tak suka makan uah? Cer angkat tangan? Eh....angkat keyboard, tak pun angkat ler apa-apa korang nak angkat, bukan nampak pun kan. hahahha.... ok lah hari nie gie jejalan blogwalking, baca satu blog yang share mengenai khasiat buah-buahan mengikut warnanya. Haaa...siapa tak tau lagi pasal nie?

Jom, saya sharekan, moga-moga lepas nie dah tahu, rajin-rajinlah makan buah-buahan yea....banyak khasiatnya terutama untuk melawaskan juga untuk kulit. Sebab buah-buahan nie juga bertindak sebagai antioksidan, maka...memang bagus untuk kulit. (^_^)


1. Merah
 Sayuran dan buah berwarna merah mengandung banyak pigmen melawan penyakit. Juga diketahui mengandungi likopen, zat yang berperanan menjaga kesihatan sel dan mampu mengurangkan risiko kanser. Contohnya tomato, strawberry, semangka, epal, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah. Sedangkan yang mengandungi oksidan yang paling tinggi adalah strawberry, cranberry, cherry, anggur merah, bit, dan paprika merah.


2. Oren
 Ubi jalar, jeruk squash, wortel, blewah, labu, persik, mangga, apricot, dan pepaya adalah beberapa contoh buah / sayur berwarna oren. Tiap satu porsi dari mereka menyumbang banyak beta karoten yang menyehatkan tubuh serta alpha karoten yang efektif melawan kanser. Sedangkan setengah mangkuk buah berwarna oren boleh mencukupi keperluan vitamin C dalam tubuh. Dan sekadar tambahan maklumat, bebereapa program diet menganjurkan wortel karena kandungan gula alaminya sangat besar. Padahal, menurut buku Color Code: A Revolutionary Eating Plan for Optimum Health karangan James A. Joseph, Ph. D, Daniel A. Nadeu, MD, dan Anne Underwood, kandungan serat wortel mencegah gula bergegas masuk ke aliran darah yang akan menyebabkan melonjaknya kandungan insulin di dalam darah.  


3. Kuning
 Ragam buah berwarna kuning di antaranya pisang, jeruk nipis, jeruk manis, anggur, kentang kuning, dan jagung. Buah-buahan ini diketahui mengandungi vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh, serta mengandungi potassium yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pembentukan plak di arteri, serta berfungsi sebagai pencahar alami.  


 4. Hijau
 Warna hijau pada sayuran menandakan hubungan kandungan sulforaphane, isothiocyanate, dan indoles. Menurut Heber, mereka dapat merangsang level pembuat komponen yang dapat memecah unsur kimia penyebab kanser. Semakin gelap warna hijau pada sayuran, makin banyak klorofil yang dikandungnya dan semakin besar pula keperluan untuk perlindungan antioksidan. Contoh sayur-sayuran hijau di antaranya adalah brokoli, salad, bayam, bok choi dan teh hijau. Mengenai teh, berdasarkan penelitian, teh bisa memberi dorongan pada metabolisme tubuh. Hal ini diduga disebabkan oleh kandungan polyphenol dan kafein yang terdapat dalam teh, yang bersatu untuk membuka proses pembakaran lemak pada nilai kawalan yang berbeza.  


 5. Coklat
 Bahan makanan berwarna coklat di antaranya roti dan biji-bijian, bijirin, granola, dan kacang-kacangan. Kebiasaan mengambil makanan berbiji tidak hanya mengenyangkan, tetapi juga boleh membantu membuang racun penyebab penyakit. Biji-bijian yang kaya akan vitamin B dapat meningkatkan kemampuan tubuh dalam mengubah kalori menjadi tenaga.  


 6. Putih
 Bahan makanan berwarna putih seperti tahu, bawang putih, keju rendah lemak, yogurt, dan susu sangat bagus untuk tubuh kerana mengandungi banyak flavonoid yang dapat melindungi membran sel. Produk susu rendah lemak juga boleh membantu daya kerja jantung, kalsium untuk membina tulang, dan juga untuk menurunkan berat badan. 


  7. Biru - Ungu
 Sayuran dan buah-buahan berwarna biru - ungu, contohnya adalah terung, kismis, dan wain. Kandungan magnesium pada anggur dan kismis sangat diperlukan untuk pergerakan feses yang baik. Kulit anggur juga merupakan pencahar (laksatif) yang baik. Kandungan airnya cukup tinggi, sehingga dapat menambah cairan yang diperlukan. Sedangkan terung dapat menurunkan kadar kolesterol dan asam empedu di dalam usus dan menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandungi pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak. 

kredit: nenekkebaya 

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Kekalkan Kesihatan & Kecerdasan!
Sihat & Berjaya bersama saya
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
COD: Putrajaya, Bangi & Kajang
Sila hubungi saya segera:

Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: