Thursday, 18 December 2014

{Info Sihat} Kebaikan Susu Ibu Kepada Bayi Anda

 Assalam semua....


Hari nie ada artikel yang sangat menarik untuk saya kongsikan bersama anda semua. Kepada ibu-ibu yang nak bersalin dan sedang fikir-fikirkan samaada nak menyusukan anak atau diberikan susu formula? Sila baca artikel ini, banyak ilmu yang dikongsikan bersama mengenai kebaikan penyususan susu ibu itu sendiri. Bukan hanya pada bayi anda tetapi pada diri anda juga. 

Bagi kita sebagai orang Islam, menyusukan bayi itu sebagai satu amanah yang Allah berikan kepada seorang yang bergelar ibu. Maka hendaklah kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang ibu. Penyusuan penuh tanpa memberikan sebarang makanan tambahan atau susu formula lain selain dari susu ibu selama 6bulan dan diteruskan sehingga ke usia 2 tahun.


Elak beri susu formula
Harian Metro: Hati / 8 hours ago



Bagi ibu yang baru pertama kali melahirkan anak, semuanya satu pengalaman baru buat mereka, daripada memandikan anak, menidurkannya hinggalah memberi susu badan kepada si kecil.

Kebanyakan ibu baru masih terkontang-kanting dalam menguruskan bayi dek tiada pengalaman, ­ditambah pula tanggung­jawab menjaga kesihatan diri sendiri sepanjang berpantang.

Antara tanggungjawab paling berat dan kadangkala mampu mencabar kesabaran seorang ibu baru adalah memberikan susu badan kepada anak mereka.

Pemberian susu badan memerlukan komitmen ting­gi dan tidak boleh diambil mudah. Ini berikutan kadar susu badan boleh me­nyusut mendadak jika waktu menyusu atau mengepam susu tidak dilakukan secara konsisten.

Ada ibu menganggap mereka sememangnya tidak ada susu atau tidak banyak susu yang boleh diberikan kepada bayi, ada pula yang sudah menyerah kalah sebelum berusaha dan ini tentunya merugikan bayi mereka kerana susu badan adalah hak anak, bukannya ibu.
Oleh kerana rasa tertekan, sibuk dengan kerja atau mungkin tidak mahu memberatkan kepala, segelintir ibu mengambil keputusan mudah dengan memberikan susu formula kepada bayi mereka.

Susu badan mempunyai nutrien mengikut keperluan tepat berdasarkan usia bayi dan ia memiliki antibodi yang tidak ada di dalam susu formula. Pemberian susu badan bukan saja mencukup­kan semua zat yang ­diperlukan bayi untuk membesar, malah ia juga meningkatkan sistem pertahanan bayi.

Kolostrum yang keluar ketika pertama kali bayi disusukan secara terus membantu melindungi bayi sehingga sistem pertahanannya boleh berfungsi dengan sempurna.
Kolostrum juga mewujudkan kesan lawas yang lembut, membantu membuang mekonium (najis awal bayi) dan mengelak peningkatan jumlah bilirubin iaitu faktor penyumbang utama kepada masalah demam kuning dalam kalangan bayi baru lahir.

Banyak kebaikan apabila anak minum susu badan secara terus daripada ibunya. Antaranya, dia berada dalam dakapan dan sangat hampir dengan tubuh ibu, secara tidak langsung membuat­kannya rasa tenang dan ­selamat, selain merapatkan hubungan anak dan ibu.


Rangsangan daripada bayi yang minum susu badan secara terus juga akan membantu memperbanyakkan susu badan. Pemberian susu badan secara terus adalah cara paling bersih memberikan susu pada anak selain susu berada pada suhu yang tepat.
Namun, pengenalan susu formula atau badan menerusi botol boleh menimbulkan masalah ‘keliru puting’ dalam kalangan bayi, begitu juga memberikan anak puting untuk memujuknya supaya berhenti menangis.

Apabila anak ‘keliru puting’, bayi secara langsung enggan meminum susu ibunya secara terus, sebaliknya ia terpaksa dipam terlebih dulu untuk dimasukkan ke dalam botol biarpun ketika ibu ada di sisi anak.

Menurut pakar perunding pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil, apabila bayi didedahkan dengan botol pada awal usia, dia secara tidak langsung akan mengalami keadaan keliru antara puting payudara ibu dengan puting lain, hingga agak sukar baginya untuk minum susu badan secara terus.

Puting yang diberi pada anak ketika ia meragam untuk menghentikannya menangis juga boleh menimbulkan kekeliruan pada bayi dan sebaik-baiknya ibu jangan memperkenalkan botol atau beri puting pada bayi yang masih kecil.

“Paling baik, beri terus minum susu badan dari mula dan langsung tidak memperkenalkan botol atau puting. Namun bagi ibu bekerja, pam susu dan penjaga perlu berikan susu badan menggunakan botol.

“Jika ibu bermasalah hendak beri susu badan ­secara terus, ibu boleh berikan susu menggunakan cawan kecil, bukannya ­botol. Namun untuk mengelak anak tersedak sekiranya tidak tahu cara betul atau memudahkan penjaga, pemberian susu dalam botol pilihan lebih wajar,” kata­nya.

Dr Yong Junina berkata, antara faktor yang menyebabkan bayi menolak minum susu badan secara terus kerana pengaliran susu badan lebih perlahan berbanding susu yang diminum daripada botol.

Jumlah susu badan yang dipam juga boleh terjejas sekiranya tidak mendapat rangsangan terus daripada bayi atau tidak dipam me­ngikut masa ditetapkan iaitu setiap tiga jam.
Menurutnya, antara cara memperbanyakkan susu badan bagi ibu yang mengepam susu adalah dengan melihat gambar bayi mereka untuk merangsang pengaliran susu lebih banyak.

Malah bagi bayi yang eng­gan minum susu secara terus daripada ibu selepas diperkenalkan dengan botol, Dr Yong Junina berkata, ­masih belum terlambat malah keadaan itu boleh diubah.

“Caranya memujuk bayi dengan menggalakkannya minum susu ibu secara terus setiap dua jam sambil me­ngusap pipinya. Ibu jangan sesekali mengalah dan perlu berfikiran positif. Jika lapar, bayi akan minum juga tetapi ibu kena banyak bersabar,” katanya.

Bayi di bawah usia enam bulan perlu diberi susu ibu secara eksklusif bagi mendapat manfaat terbaik daripada kandungan nutrien dan antibodi yang ada di dalam susu ibu.


Kebaikan susu ibu
  • Melindungi bayi daripada penyakit antaranya virus perut, pernafasan, jangkitan telinga dan meningitis.
  • Mengelak masalah alahan.
  • Bayi lebih bijak kerana perkembangan kognitif yang lebih baik.
  • Mengeratkan hubungan bayi dan ibu.
  • Berat badan bayi terkawal.
  • Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi secara tiba-tiba (SIDS).
  • Mampu mengurangkan tekanan diri si ibu dan mengelak daripada mengalami kemurungan selepas bersalin.
  • Membantu ibu mengurangkan berat badan.
  • Membantu melindu­ngi ibu daripada kanser ovari dan payudara.
  • Mengurangkan risiko bayi menghidap diabetes, asma dan obesiti.
  • Sumber zat lengkap sesuai untuk pertumbuhan bayi yang sihat.
  • Kandungan susu ibu Protein. Sejumlah 60 peratus daripada kandungan protein susu ibu adalah protein whey manakala 40 ­peratus lagi protein casein. Ini menyeimbangkan ­penyerapan protein dan mempercepatkan penghadaman.
  • Laktoferin. Mengelak pertumbuhan bakteria ­dalam saluran usus yang bergantung kepada zat besi. Ibu yang makan ikan membantu memperbanyakkan protein jenis ini dalam susu mereka.
  • Secretory IgA. Ia melindungi bayi daripada virus dan bakteria termasuk E coli dan alahan lain.
  • Enzim Lysozyme yang melindungi bayi daripada E coli dan Salmonella selain menyokong kesihatan usus serta bersifat antiradang.
  • Bifidus menyokong bakteria jenis lactobacillus yang bermanfaat melindu­ngi bayi daripada bakteria berbahaya dengan ­membentuk persekitaran berasid.
  • Lemak. Kandungan ­lemak dalam susu ibu ­memastikan perkembangan otak yang sihat, membantu serapan vitamin larut lemak dan sumber kalori untuk bayi. Lemak penting untuk pertumbuhan otak, retina dan sistem saraf yang sihat.
  • Vitamin Nutrien daripada pemakanan ibu secara sihat disalurkan ke dalam susu badan seterusnya kepada bayi.
  • Karbohidrat. Laktosa adalah karbohidrat ­utama dalam susu ibu yang berfungsi mengurangkan jumlah bakteria tidak sihat dalam perut bayi dan menggalakkan serapan kalsium, fosforus dan magnesium.
  • Leukocytes iaitu sel hidup yang hanya boleh didapati daripada susu ibu. Ia berperanan melawan serangan jangkitan. Ia adalah antibodi, sel hidup, enzim dan hormon yang menjadikan susu ibu sangat istimewa.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/23
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mengetahui mengenai produk ini, boleh 

PM FB Page: mamaleensihat
sms/whatsapp : 019 2691158
Email : mamaleensihat@gmail.com

0 comments: