Hari nie 31 Disember 2014 dah, sekejap masa berlalu tanpa disedari.
Impian 2014? Ada yang tercapai ada yang perlu diusahakan lagi sehingga berjaya. (^_^)
Segala kenangan pahit manis 2014, kita simpan sebagai kenangan. Teruskan kehidupan dengan azam baru 2015, listkan apa yang ingin kita capai. Insyallah...Doa + Usaha + Tawakal.
Antara perkara yang manis, ialah kehadiran orang baru dalam hidup saya dan suami. Kelahiran anak ke 3 baby boy yang diberi nama Muhammad Ammar Lutfi, yang sekarang dah berusia 4bulan. Sekejap rasanya masa berlalu. Alhamdulillah...proses kelahiran Ammar dipermudahkan, berpantang juga dipermudahkan, takde masalah yang membimbangkan. Syukur Ya Allah....semuanya Allah permudahkan. (^_^)
Tapi penghujung tahun nie, banyak berita yang menyedihkan serta menginsafkan kita, sesungguhnya Allah maha berkuasa atas segala-galanya. Takziah kepada mangsa-mangsa penerbangan MH370 & MH17 dan yang terbaru QZ8501. Juga untuk mangsa-mangsa banjir di pantai timur, dugaan di akhir tahun banyak memberikan kesedaran dan keinsafan kepada diri kita. Banyak petunjuk yang ingin Allah berikan kita sebagai hambanya...
0 comments:
Post a Comment